Thursday, 21 November 2013

Filled Under:

Hukum Melakukan Qaza (Cukur Sebahagian Rambut di Kepala)


Antara trend terkini para remaja di Malaysia adalah Qaza’, iaitu mencukur hanya sebahagian daripada kepala untuk membentuk corak yang diingini. Trend seperti ini telah lama wujud di negara Barat, dan seperti beberapa trend yang wujud sebelum ini, para remaja amat mudah terpengaruh dengan sesuatu trend baru yang mungkin dianggap sangat cool oleh mereka.


Dengan bertambahnya bilangan remaja yang mengikut trend yang “tidak sihat” ini, rasanya eloklah jika terdapat para ilmuan yang mengeluarkan artikel berkaitan perkara ini. Di laman sosial Facebook, sejak beberapa ini tersebar dengan begitu pantas sekali gambar mengenai hukum Qaza’ ini, seperti yang anda lihat di bawah ini:


Walaubagaimanapun, adalah tidak adil sekiranya hukum Haram tersebut dijatuhkan hanya kerana sebuah hadis tersebut. Sebaliknya eloklah jika huraian lebih terperinci diberikan agar para pembaca tidak terkeliru atau tertanya-tanya.

Kritikan terhadap Status dan Sanad Hadis, Perawi dan Takhrij Hadis


Untuk mengetahui tentang status sesuatu hadis, ianya perlulah dikaji dengan lebih mendalam. Untuk membaca perbahasan panjang lebar mengenai perkara ini, kami sarankan para pembaca membaca artikel melalui pautan di bawah:

    Hukum Qaza’ (Mencukur Sebahagian Kepala)

Adakah Qaza’ Haram?

Ada sesetengah golongan berpendapat Qaza’ adalah haram secara mutlak. Walaubagaimanapun, eloklah sekiranya kita dapat membaca perbahasan para ulama’ muktabar terdahulu mengenai perkara ini.

Pendapat ulama’ dari 4 mazhab muktabar:

1. MAZHAB HAMBALI

Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب

Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.

2. MAZHAB MALIKI

An-Nafrawi berkata:يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه

Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.

3. MAZHAB HANAFI

Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”

4. MAZHAB SYAFIEI

Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:
كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.

Kesimpulan


Berikut merupakan kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz Salman melalui blog beliau, Darulilmi.org:

    Ulama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.
    Dibolehkan qaza’ untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi
    Menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.
    Berdosa mengeluarkan hukum haram qaza’ sekiranya dia bukan ulama yg mujtahid (seperti tersebar dalam fb)




5 comments:

  1. ok bole terima klau itu pendpt ulama mazhab..tp knpe pendpt ulama tu xdisandarkan skali dgn nas dan hadith knpe klua kenyataan tu...sbb mcm tergantung la info ni...

    ReplyDelete
  2. timbul persoalan kata2 siapa lebih aula..

    hadis atau kata2 imam..

    ReplyDelete
  3. Hukum asal sesuatu amalan adalah harus hingga datang dalil atau sebab yang mengubah hukum tersebut. Itu prinsip dalam usul fiqh. Saya tidak tahu sejauh mana benar periwayatan hadis atau pandangan imam2 itu. Kalau tidak benat, si penulislah yang akan bertanggungjawab di depan Allah nanti. Cuma, walaupun sesuatu dibolehkan sekalipun, perlukah diikut sesuka hati je. Pemain bola mereka bebas dari segi peraturan pasukan untuk bergaya rambut macam mana pun. Tetapi, budak2,mentah yang masih bersekolah macam mana? Sayabimbang generasi akan datang makin hilang identiti. Dulu2 guru disayang, kini guru di(tambah sendiri)...

    ReplyDelete
  4. Jauhkan yg makruh sbb menghampiri haram

    ReplyDelete
  5. Selalunya orang yang bangkang hukum haram ni sbb dia buat benda tu

    ReplyDelete