KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi
menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.

Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak
matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu
keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.

“Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan
untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus,” katanya kepada
pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris
RTM2 ‘Hello On Two’, yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di
sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan
antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.

Beliau berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)
2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai
undang-undang sedemikian.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menasihati segelintir rakyat supaya tidak
sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti agama atau
menyakitkan hati orang lain.

“Sekiranya rakyat terus bertelagah, mereka akan menjadi seperti rakyat di
negara lain, yang akhirnya akan saling membunuh sesama sendiri. Ini tidak adil
untuk mereka yang tidak terlibat dalam kontroversi ini,” katanya.

Dalam rancangan itu, Dr Mahathir berkongsi pendapat dan rahsia termasuk
rutin harian, falsafah perniagaan, dan rahsia kesihatan yang membuatkan beliau
sentiasa sihat dan bertenaga pada usia 89 tahun.

Beliau turut menamakan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber inspirasi beliau,
kerana kagum dengan kesabaran dan kehebatan Baginda semasa berhadapan dengan
golongan yang membencinya, selain berjaya membangunkan masyarakat Islam yang
bertamadun.

Rancangan itu diadakan sempena ulang tahun ke-11 Dr Mahathir meletakkan
jawatan sebagai perdana menteri.
jawatan sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ke empat sejak 1981 dan
berundur daripada jawatan itu pada 2003, setelah menerajui pemerintahan negara
selama 22 tahun.

Semasa rancangan sejam itu berlangsung, pelukis Abdul Rahim Muda atau lebih
dikenali sebagai Imuda melukis sebuah potret Dr Mahathir. — BERNAMA

0 comments:
Post a Comment