KOTA KINABALU — Kira-kira 25 premis sekitar bandar raya ini
mengalami kerosakan termasuk cermin pecah apabila sekumpulan enam remaja yang
menaiki tiga kenderaan melepaskan tembakan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian bermula
11.45 malam itu melibatkan 13 premis perniagaan di Karamunsing, sembilan di
Luyang dan tiga bank di Inanam.

“Kejadian selama sejam itu menyasarkan premis bank, hotel, pusat kecantikan,
pusat hiburan, pejabat dan restoran makanan segera,” katanya pada sidang akhbar
di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
mendapati kejadian itu dilakukan sekumpulan enam remaja menggunakan senapang
angin berpelurukan guli.

“Kesemua premis terlibat mengalami kerosakan seperti cermin pecah dan kesan
lubang pada bahagian pintu dan dinding kaca. Pemeriksaan awal menemukan tiga
biji guli yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang angin itu,”
katanya.

Jauteh berkata rakaman CCTV itu juga menunjukkan dua daripada kenderaan yang
digunakan sekumpulan remaja terbabit dalam kejadian itu adalah pacuan empat
roda.

Beliau menyifatkan kejadian yang dilakukan secara serentak itu adalah
‘perbuatan sekumpulan remaja nakal’ yang bertujuan menimbulkan kerisauan di
kalangan masyarakat umum.

Tiada kecederaan dilaporkan.
Juateh turut menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan perbicaraan 30
individu yang didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong serta
terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan di Sabah awal tahun lepas, yang
sedang berlangsung di Penjara Sabah.

Polis masih mengesan identiti kesemua suspek menerusi rakaman beberapa
kamera litar tertutup, katanya.
kamera litar tertutup, katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai terutama penduduk di sekitar
bandar raya ini agar tidak panik dengan kejadian itu.

Jauteh juga meminta orang ramai yang melihat sebarang kegiatan mencurigakan
atau jenayah terutama melibatkan senapang angin supaya menghubungi Ibu Pejabat
Polis Karamunsing melalui hotline 088-221191 atau menghubungi beliau di talian
019-8039520.– BERNAMA

0 comments:
Post a Comment