Wednesday 26 March 2014

Filled Under:

Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang 26 Mac 2014

Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada rabu 26 Mac 2014. Setelah MH370 disahkan penerbangan berakhir di Lautan Hindi, misi pencarian kotak hitam dan bangkai pesawat baru sahaja bermula. Pencarian kotak hitam mahupun bangkai pesawat mungkin memakan masa berminggu atau berbulan kerana faktor kedalaman lautan dan lautan yang bergelora.


Penjelasan Kenapa Pesawat MH370 Disahkan Berakhir Di Lautan Hindi

Para jurutera syarikat satelit United Kingdom, Inmarsat Plc telah mengenalpasti titik terakhir laluan sebenar pesawat Penerbangan Malaysia MH370. Dalam kes unik ini, MH370 telah menghantar ‘ping’ sebanyak enam kali kepada satelit Inmarsat dalam tempoh enam jam ketika ia sedang terbang tanpa dikesan di atas Lautan Hindi dengan transponder di dalam pesawat itu tertutup. Gelombang bunyi ‘ping’ itu – yang ditermakan sebagai tanda menjabat tangan – dihantar menerusi antena Boeing 777 tersebut kepada salah sebuah daripada 10 satelit Inmarsat. Sebagai respon, satelit yang menerima isyarat gelombang bunyi tersebut terus menghantar isyarat semula kepada pesawat MH370 setiap jam selagi ia masih berfungsi dan bergerak sebagai ‘tanda isyarat diterima.’ Isyarat ‘ping’ tersebut terhenti selepas jam yang keenam – menandakan yang pesawat berkenaan tidak lagi berfungsi dan mengeluarkan gelombang isyarat.

https://lh6.googleusercontent.com/-ul2Q3LN9EF4/UzJDAFh_rgI/AAAAAAAADaE/S8lD4DxoxNY/s800/kemalangan.jpg




0 comments:

Post a Comment