Monday 24 March 2014

Filled Under:

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (Ijazah Pertama) 2013

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (Ijazah Pertama) 2013 ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi kemasukan September 2013.

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang ditubuhkan sebagai badan amanah untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan inisiatif dan usaha tanggungjawab sosial korporat mereka terus dipenuhi melalui pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada para pelajar yang layak. Ini merupakan satu sumbangan langsung ke arah pembangunan tenaga kerja profesional untuk negara dan TNB.

Tarikh tutup: 5 September 2013
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Kejuruteraan dan Perakaunan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) | Scholarship

Bidang-bidang pilihan:
  • Kejuruteraan Elektrik (Kuasa);
  • Kejuruteraan Mekanikal;
  • Kejuruteraan Awam;
  • Perakaunan.
Syarat Kelayakan:
  • Lulus STPM 2012 dengan mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.50; atau
  • Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi 2013 dengan mencapai minima PNGK 3.50;
  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2013;
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum;
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi;
  • Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN;
  • Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2013 yang telah mendapat tempat di IPTA;
Cara Memohon:
  • Permohonan Biasiswa YTN (Ijazah Sarjana Muda) 2013 hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan di bawah:
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan;
  • Senarai calon yang berjaya untuk temuduga akan dipaparkan melalui laman web Yayasan Tenaga Nasional yang dijangkakan pada 10 September 2013;
  • Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut mengenai perkara-perkara yang berkaitan:
  • Hal-hal berkenaan Penajaan:
    • Puan Zalina Abdul Ghani (03-8924 7514)
    • Cik Fatimah Mustafa (03-8924 7539)
  • Hal-hal berkenaan Masalah Technical / Sistem Online
    • Encik Mohd Amrizal Ibrahim (03-8924 7549)
    • Encik Mohd Jafri Ismail (03-8924 7523)


Sumber: Yayasan Tenaga Nasional




0 comments:

Post a Comment