Saturday, 29 March 2014

Filled Under:

Lelaki Failkan Cerai Kerana Isteri Terlalu Gemuk & Terpaksa Membuat Appointment Jika Mahu 'Bersama'


DUBAI: Seorang lelaki memfailkan cerai terhadap isterinya yang didakwa terlalu gemuk sehingga menganggu hubungan ‘bersama’ di antara mereka.

Dalam tuntutan itu, lelaki itu mendakwa isterinya yang berat 111 kilogram menghidap pelbagai jenis penyakit semenjak berat badannya bertambah dan sekaligus merencatkan hasratnya untuk mengadakan hubungan ‘bersama’ apabila isterinya sering datang sakit.

Sumber Mahkamah Dubai memberitahu, wanita itu sebenarnya yang menfailkan saman berkenaan.

Dalam tuntutannya, wanita itu mendakwa dirinya diabaikan oleh suami yang juga didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Tuntutan itulah yang membuatkan suaminya membalas tuntutan berkenaan setelah terkejut dan marah dengan tindakan isterinya. Beliau juga mendakwa, isteri ini menjadi punca kepada masalah di antara mereka.


“Dia tidur sepanjang masa, malah sering bangun pada tengah hari. Seharian dihabiskan menonton telvesisyen manakala saya dan anak langsung tidak dipedulikan. Dia mementingkan diri sendiri dan sering marah-marah sehingga saya suka untuk ‘bersama’ dengannya. - AGENSI




0 comments:

Post a Comment