KUALA LUMPUR – “Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.”
Itu peribahasa paling tepat untuk mengambarkan nasib Ahli Parlimen Segambut daripada parti DAP, Lim Lip Eng selepas ini.
Semuanya gara-gara kenyataan biadap beliau merendah rendahkan kemampuan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang majoritinya berbangsa Melayu.
Sewaktu rakyat Malaysia sedang bersedih dengan insiden nahas pesawat MH370, Lip Eng pula tanpa rasa tanggungjawab membuat kenyataan yang amat provokatif.
“Sebenarnya hal ini amat mudah. Jadikan sahaja seorang pemimpin DAP untuk menjadi komander tentera udara atau tentera laut, maka kita akan menemui MH370,” kata Lip Eng seperti dilaporkan media awal hari ini.
Meskipun pemimpin DAP Segambut itu dengan segera membuat pengumuman menarik balik kenyataan itu petang ini, itu mungkin sudah terlambat.
Pastinya majoriti rakyat Malaysia telah berduka cita dengan kenyataan itu dan mengharapkan tindakan susulan oleh pihak berkuasa ke atas kebiadapan itu.
Berikut kenyataan beliau dalam bahasa Inggeris petang ini;
“I wish to retract my statement “It’s very simple. Make one of DAP’s leaders the commander of the air force or navy, then we will find MH370,” at http://www.themalaymailonline. com/malaysia/article/mp- pakatan-would-find-mh370-if- given-control-of-air-force- navy, please accept my expression of deep regret for having made that comment”.
0 comments:
Post a Comment