KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya di Australia
Tony Abbott memaklumkan tentang penemuan dua objek oleh Tentera Udara Diraja
Australia (RAAF), dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang
hilang.

Najib berkata Abbott memberitahu beliau objek itu akan diambil dalam
beberapa jam lagi.
beberapa jam lagi.
“Baru terima panggilan daripada PM Australia Tony Abbott. Dua objek yang
dikesan akan diambil dalam beberapa jam lagi,” kata Najib menerusi mesej tweeter
hari ini.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laporan terkini
berhubung operasi mencari yang dimuat naik dalam laman webnya, berkata objek itu
dikesan pesawat P3 Orion RAAF dan kapal HMAS Success yang kini berada di lokasi
untuk mendapatkannya.

Laporan itu menyebut objek berkenaan dikesan di kawasan pencarian kira-kira
2,500 kilometer dari barat daya Perth kira-kira 2.45 petang Waktu Siang Timur
Australia (AEDT).

Najib turut menyuarakan penghargaannya kepada Perdana Menteri Turki Recep
Tayyip Erdogan yang turut menghubungi beliau untuk menyatakan keprihatinan dan
menawarkan bantuan dalam mencari MH370.

“PM Turki Erdogan telefon. Saya ucap terima kasih kepada beliau atas
keprihatinan dan bantuan yang ditawarkan,” katanya.

MH370 dalam penerbangan ke Beijing, China hilang daripada radar kira-kira
1.30 pagi pada 8 Mac di ruang udara antara Malaysia dan Vietnam, 49 minit
setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.– BERNAMA
0 comments:
Post a Comment