Semakan keputusan biasiswa Tajaan KPM 2014 lepasan SPM. Bursary Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara. Bursary KPM ditawarkan secara automatik kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2013 yang mendapat keputusan cemerlang 9A+ dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara sahaja.
Semakan Keputusan Biasiswa Tajaan KPM 2014 Lepasan SPM
Sila layari: http://apps.moe.gov.my/bursaryspm/
Senarai Program Ditawarkan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
- Matrikulasi
- Asasi di IPTA
- International Baccalaureate
- A-Level
Syarat-syarat penajaan
Syarat Umum
- Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM Tahun 2013;
- Warganegara Malaysia; dan
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2013.
Syarat-Syarat Khusus
Mengikuti salah satu program persediaan yang ditetapkan berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
- Matrikulasi
- Asasi di IPTA
- International Baccalaureate
- A-Level
- Mengikuti pengajian peringkat persediaan di Institusi Persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh KPM sahaja.
Pelajar yang menerima Bursary KPM layak mendapat kemudahan dan elaun berikut:
- Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan; dan
- Elaun Sara Hidup sebanyak RM430.00 sebulan.
0 comments:
Post a Comment