Syarat minimum terbaru kemasukan Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) sesi 2014. Kursus ini juga dikenali sebagai PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Diharap calon tidak keliru dengan penggunaan KPLSPM atau PISMP kerana keduanya adalah program yang sama. Untuk makluman kepada calon SPM pada tahun ini, Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baru untuk pelajar mohon ke institusi perguruan.
Permohonan Maktab Perguruan 2014 Lepasan SPM
Sila layari borang online di Permohonan Kursus Maktab Perguruan 2014 KPM
Syarat Kemasukan Maktab Perguruan Semenanjung Malaysia
Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini.
Syarat Kemasukan Maktab Perguruan Sabah Dan Sarawak Malaysia
Bagi Sabah dan Sarawak, kelonggaran minima 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu
0 comments:
Post a Comment