WASHINGTON - Seorang bekas ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA), mendedahkan dirinya sebagai sumber membocorkan maklumat program rahsia perisikan Amerika Syarikat (AS) melibatkan himpunan rekod internet dan telefon penduduk AS serta asing.
Edward Snowden meletak jawatan sebagai ejen CIA dalam 2009 berkata, beliau membocorkan sebahagian besar maklumat program Prism untuk melindungi kebebasan penduduk dunia.
"Saya tidak mahu hidup dalam dunia yang apa sahaja dilakukan dan diperkatakan telah direkodkan. Itu bukan tujuan hidup saya," katanya dalam satu temu bual bersama agensi berita antarabangsa.
Edward, 29, berkata, beliau tidak takut dan bersedia menjadi buruan agensi AS.
Sebelum ini, program Prism adalah satu satu sistem yang membenarkan Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA) dan FBI mengakses secara langsung pelayan syarikat seperti Google, Apple, Microsoft, Facebook dan AOL.
Ia turut merangkumi emel, perbualan video, mesej segera dan banyak lagi bertujuan mengesan suspek luar negara selain mengumpul jutaan rekod telefon rakyat AS sendiri. - TheGuardian
0 comments:
Post a Comment