Sunday, 23 March 2014

Filled Under:

Ustaz Kazim: "Saya Pernah Disantau & Disihir


Meskipun beberapa kali disantau, disihir, diugut dan terlantar sakit, kesusahan itu sedikit pun tidak menghalang atau melemahkan semangat penceramah dan pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias, 42, atau lebih popular dengan panggilan Ustaz Kazim meluaskan usaha dakwah. 

Malah pengalaman yang pelbagai itu, termasuk yang agak keterlaluan iaitu diugut untuk disimbah asid dan keselamatan keluarga diancam oleh pihak yang memusuhi dan tidak senang dengan pendekatan sama rata digunakan beliau dalam memperkembangkan usaha dakwah tanpa memilih ideologi politik, menguatkan lagi keazamannya untuk melakukan tugasnya. - Berita Harian




0 comments:

Post a Comment