Kalau betullah lelaki dalam gambar yang tersebar di media sosial ini adalah lelaki yang mendakwa dirinya Raja Bomoh atau Bomoh VIP Malaysia, Ibrahim Mat Zin; rasanya terang-terangan memang ada yang tak kena dengan dia.
Bomoh yang tak habis-habis mencetuskan kontroversi ini telah dirakam melakukan satu ritual di kawasan kemalangan maut yang membabitkan Karpal Singh di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak baru-baru ini .
Tak pastilah pula ini upacara ritual yang dijemput anggota keluarga atau bomoh ini sendiri yang mahu menagih perhatian.
Karpal, pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor maut dalam satu kemalangan ngeri pada kira-kira jam 1.30 pagi, 17 April lalu.
- REM RAMZI/MYNEWSHUB
0 comments:
Post a Comment