Thursday 3 April 2014

Filled Under:

Cara dan Syarat Permohonan Biasiswa JPA

cara memohon biasiswa jpa


Cara-cara dan Syarat Permohonan Biasiswa JPA 2014. Pelajar hendaklah mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja bagi membolehkan memohon Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA). Syarat Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) adalah seperti berikut:
SYARAT PERMOHONAN BIASISWA JPA
  • Kewarganegaraan Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari atau sebelum.
  • Memiliki Sijil Penuh SPM termasuklah Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian(Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua dan keatas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian.
  • Tahun pertama peringkat Diploma dari mana-mana IPTA(Kecuali UPSI)
CARA PERMOHONAN BIASISWA JPA
Permohonan adalah PERCUMA dan boleh di buat secara atas talian(online). Cara memohon adalah seperti berikut:
  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan pada tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my .
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan  sahaja serta dibenarkan
    mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau  meminda sebelum tarikh
    tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai
    penerimaan permohonan.
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui
    pos tidak akan diproses.
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil,
    kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013”
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan  telah sempurna dengan
    mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013” sebagai
    bukti permohonan telah dibuat.
  6. Pertanyaan mengenai  masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan
    atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552,
    03-8885 3554 dan 03-8885  3653.Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi
     hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat).
  7. Pertanyaan mengenai  program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi
    talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga
    5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.




0 comments:

Post a Comment