Tegasnya, ini merupakan satu lagi kepuraan-puraan yang dilakukan Umno BN – bertentangan dengan realiti terutama apabila sidang Dun Terengganu semalam menolak usul pelaksanaan hudud yang dikemukakan.
“Ada pemimpin Umno yang bising isu hudud tapi diam hal kasino,” katanya, merujuk kepada mereka yang kelihatan menyokong pelaksanaan hudud kebelakangan ini .
Mahkamah Syariah sedia ada juga mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbetulkan sebelum mahu bicarakan soal hudud, tambah Anwar.
Berhubung pendirian Pakatan Rakyat berkaitan hudud, Anwar membaca kembali kenyataan parti tersebut pada 24 September 2011 tentang memperkukuh persefahaman bersama dengan perlembagaan persekutuan.
Bukan rahsia lagi, pelaksanaan hudud tidak mendapat persetujuan parti DAP.
Bagaimanapun dalam erti kata lain, Anwar kini membayangkan pelaksanaan undang-undang Islam sukar dilaksanakan bukan disebabkan ‘kemelut’ untuk memupuk persefahaman antara parti dalam PR tetapi disebabkan pemerintahan semasa.
“Pelaksanaan hudud hanya sah dalam konteks negara yang tunduk pada hukum, adil dan dipastikan tidak mengikut kehendak penguasa politik seperti yang sedang berlaku sekarang.
“Beberapa aspek undang-undang dan pelaksanaan adalah sukar selagi negara dikelolakan oleh pemerintahan yang korup dan lemah,” kata Anwar.
Beliau turut memetik kenyataan Sheikh Yusof Qardawi tentang kepentingan mengikut urutan keutamaan bagi menyokong alasan kesukaran pelaksanaan hudud buat masa ini.
Begitu pun, Anwar menyatakan PR akan mengajak kesemua pimpinan untuk membahaskan perkara ini dengan teliti yang antara lain untuk mengelak kesangsian dan rasa cemas rakyat sama ada Islam atau bukan Islam.
Pelaksanaan hudud di Kelantan bagaimanapun menurut Anwar harus dilihat sebagai isu berasingan kerana ia sudah diperjuangkan negeri tersebut sejak sekian lama.
“Kita akui PAS konsisten meperjuangkan Islam, menegakkan syariah termasuk inisiatif yang dilakukan sejak 1993 yang ditolak dan diberi amaran keras oleh PM ketika itu,” katanya.
Mesyuarat juga katanya, memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan 1993 yang dibuat sebelum wujudnya muafakat antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. - MYNEWSHUB
Oleh: REM RAMZI
Video: RIZA RAZAK
Video: RIZA RAZAK
0 comments:
Post a Comment