Friday 4 April 2014

Filled Under:

KEJAM! SUAMI DAYUS TERAJANG ISTERI KEJUT TIDUR


KEJAM! SUAMI DAYUS TERAJANG ISTERI KEJUT TIDUR | Hanya kerana mengejutkan suaminya daripada tidur, seorang isteri diterajang oleh lelaki berkenaan yang mengamuk hingga lebam seluruh badan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.40 pagi, lelaki berusia 20-an itu yang berada di rumah mereka di Sentul pada mulanya meminta isterinya yang berusia 29 tahun membelikan minuman di kedai. 
“Mangsa kemudian akur dan terus ke kedai berhampiran membeli minuman diminta sebelum pulang ke rumah kira-kira 10 minit kemudian. 
“Bagaimanapun, sebaik masuk ke rumah, mangsa mendapati suaminya tertidur lalu mengejutkannya untuk diberikan minuman. Bagaimanapun, suspek tiba-tiba terus mengamuk dengan memaki-hamun isterinya menyebabkan wanita itu memintanya bertenang. Suspek kemudian terus menyerang mangsa dengan menampar, memukul serta menyepak berulang kali hingga mengerang kesakitan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.




0 comments:

Post a Comment