Sunday, 20 April 2014

Filled Under:

KISAH SEBENAR KUMPULAN SHIRO AMBIL DADAH

SHIRO RAJA LAWAK

KENYATAAN SEBENAR DARI AJAK DAN SHAHROL SHIRO DIDAKWA MENGAMBIL DADAH TELAH MENCETUSKAN PERLABAGAI TANDA TANYA DALAM KALANGAN PEMINAT KUMPULAN PELAWAK ITU
Berita ini mula tersebar sejak beberapa hari lalu apabila ada desas desus menyebut kedua-dua ahli kumpulan Shiro telah mengambil dadah dalam diet harian mereka. Namun kedua-duanya tampil memberikan penjelasan dan menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tersebar.
Kenyataan Dari Shahrol Shiro Isu Ambil Dadah
Baru pertama kali saya dengar cerita yang kaitkan saya dengan bahan terlarang ni. Kalau difikirkan, badan besar macam saya ni takkanlah ambil benda-benda macam tu. Yang penting, saya memang tak pernah ambil ganja atau apa saja jenis dadah.
Lagipun saya tak percaya dengan benda macam ini. Ia boleh mengganggu perjalanan kerja dan menjejaskan karier saya,” katanya pada program jelajah Komedi di Kedah, anjuran Sinar FM, Sabtu lalu. – Shahrol
Kenyataan Dari Ajak Shiro
Mengapa pula kami nak buat benda yang tidak berfaedah ini? Ia hanya akan menjejaskan periuk nasi kami. Saya tak faham kenapa ada tuduhan kepada kami saya harap tiada lagi khabar angin sebegini. – Ajak




0 comments:

Post a Comment