Monday, 21 April 2014

Filled Under:

Punca MH192 Pesawat MAS KL Bangalore Mendarat Cemas

Punca rasmi MH192 pesawat MAS KL Bangalore India mendarat cemas di KLIA. Pada 10.09 malam 20 April 2014, pesawat MH192 yang membawa penumpang dari Kuala Lumpur menuju ke Bangalore telah berpatah balik akibat tayar pecah justeru menyebabkan masalah gear pendaratan sebaik sahaja berlepas dari KLIA. Pesawat MH192 telah berlegar di ruang udara KLIA selama 4 Jam untuk melakukan prosedur pendaratan cemas di KLIA dengan salah satu rodanya tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Kapten pesawat MH192 telah mendaratkan pesawat tersebut pada pukul 1.56 pagi 21 April 2014 di KLIA. Kesemua 159 penumpang dan tujuh anak kapal telah terselamat dari detik cemas tersebut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR2wiMxZzi2-ydIPHDiCh5epzDdXopCTmT6E3ZlIJQZLK6cc04q7hFNSaQzGOLWg0UJ5XP5YqAyNxc9Lasr7mMC7uBv5Bd20zqSiK_gLP5JVoC-XDNpNNWquNPfvaDWN4jMp4UIH31Wks/s1600/Screen+Shot+2014-04-21+at+8.37.35+AM.png

Punca Rasmi MH192 Mendarat Cemas Di KLIA

Ketika berlepas, tayar pesawat MH192 telah pecah dan menyebabkan sistem gear pendaratan sebelah kanan pesawat ini mengalami kerosakan sebaik berlepas dan terpaksa melakukan pusingan balik ke KLIA.

Kronologi Pesawat MH192 Mendarat Cemas Di KLIA

  • MH192 dari KL ke Bangalore berlepas pada pukul 10.09 malam 20 April 2014
  • Ketika berlepas tayar telah pecah menyebabkan gear pendaratan sebelah kanan telah gagal berfungsi
  • Pesawat MH192 telah berlegar di Udara selama 4 Jam untuk membuat prosedur kecemasan sebelum mendarat di KLIA
  • MH192 bersama 159 penumpang dan 7 anak kapal selamat mendarat di KLIA pada pukul 1.56 pagi 21 April 2014
  • Semua penumpang dan anak kapal selamat
  • Kapten MH192 Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak telah melakukan kerja dengan professional
Radar Pesawat MAS MH192 Berlegar Diruang Udara Selama 4 Jam


Serpihan Tayar MH192 Yang Pecah Ketika Berlepas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRDQDeNupj_9PA9edO6QHTkiiVjAr4xY3fCS573Cq9Xp01IPgK706xczcAdZawZXSZ2uC0q7WtPpJkDPGJtzPaoR9bPLgyemu7-UyVpo2fItDzoQLuCB3O1YGZi8ealbN9Xsm5tr5OXAhi/s1600/1.jpg

Gambar Insiden MH192 Selamat Mendarat Cemas


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiz08Vq37Ys3kZEz5pdZPOCO9L8EjgFV9vc4n2aI-q4DZfe6XwQ11YXaCeyacLJcVitdLKI1D4Smg2ReHB5RvZ5onimfH-8YP9pogv-s7BVOyiNzN6u6x4ObkoLuTYAmCf076B5qy6sOmA/s1600/Untitled-1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9MugkHkUBgC4xrAQFzUhdt_ofb9UVL7cyAejkBO9OoQ9qfBcQsyrZI4PH6fhQG_ufC6amtYHW6ogYjrkFQnjQT7_UUXyAt2MeekQWQOumhYBP_gQGRsXZ2k2o0GnijkbOxBW1vqntYYk/s1600/Screen+Shot+2014-04-21+at+8.38.03+AM.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0WQshIItQdC76LmP7HIs-ww4LfTyaXQci9u3zjzKcyApcnStRMeEUQ2cPaFWa3kzjD93fqIPz13b1uF9OwvNHY7LSAtay0iA_Lnsym3kHkncOwUGK4JbC_rFsvfpQsLnOUPRg9PLlEzw/s1600/Screen+Shot+2014-04-21+at+8.38.23+AM.png

Rakaman Juruterbang Dengan Menara Kawalan





0 comments:

Post a Comment