Monday, 28 April 2014
Filled Under:
berita
Punca Sebenar Pengantin Perempuan Meninggal Dunia 3 Jam Sebelum Bersanding!
Posted By:
Joe Suharto
on 00:34
Suasana kegembiraan sebuah pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar menjadi pilu apabila pengantin perempuan ditemui mati 3 jam sebelum majlis persanding mereka bermula semalam.
Mangsa, Junaida Jamaludin, 29, selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, ditemui meninggal dunia dalam keadaan hidung dan mulutnya berdarah di bilik pengantin di rumah SS3 pada jam 8.30 pagi.
Abang mangsa, Kamarul Affendi Jamaludin, 38 memberitahu, majlis akad nikah berlangsung sehari sebelumnya di rumah mereka kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin dan majlis persandingan dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.
“Pagi tadi (semalam) saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.
“Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.
“Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman,” katanya sedih.
Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment