Tuesday 15 April 2014
Filled Under:
berita
Tak Pandai Sapukan Ubat Mata, Isteri Diceraikan Talak 3 Sekaligus
Posted By:
Joe Suharto
on 17:18
Kuala Lumpur: “Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata,” kata seorang ibu tunggal, Nora, bukan nama sebenar ketika menceritakan perkahwinannya musnah disebabkan perkara yang tidak masuk akal
Nora, 27, dalam kejadian pada 2006 itu, bekas suaminya mengalami sakit mata lalu meminta pertolongannya menyapukan ubat yang diambil di sebuah klinik.
“Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh.
“Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan cerai talak tiga sekali gus,” katanya yang ditemui semalam.
Sebaik cerai dilafazkan, kata Nora, dia yang tinggal di rumah lelaki itu di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah ibu bapa di Perak. - Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment