Thursday, 15 May 2014

Filled Under:

Operasi Cermin Gelap & Nombor Plat Bermula 16 Jun



KUALA LUMPUR - Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk berbuat demikian, sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.


"Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Namun beliau berkata penggunaannya perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan. - Bernama




0 comments:

Post a Comment