SILA BACA! 5 CARA UNTUK DIET KETIKA BERPUASA | Semperna bulan mulia ini, Giler Kentang ingin kongsikan kepada semua umat Islam bagaimana cara untuk diet ketika berpuasa. Semasa mencari keredhaan dari Allah, apa salahnya kita menjaga kesihatan tubuh badan kita. Sesungguhnya berpuasa ini salah satu cara untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Tapi kalau dengan cara yang betul
Jom baca 5 cara untuk diet ketika berpuasa..
1) Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.
2) Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.
3) Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.
4) Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu
5) Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. Anda dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
Selamat beramal ye semua cara untuk diet ketika berpuasa di atas ye. Semoga raya nanti, kita dapat beraya dalam keadaan yang sihat dan yang pastinya mesti dalam kegembiraan. Mudah mudahan.
0 comments:
Post a Comment