Sunday, 10 August 2014

Filled Under:

Gambar Yang Mengejutkan Dari Seorang Sultan


Gambar yang sangat mengejutkan! Jikalau anda tahu, siapakah gerangan dalam gambar ni? Tidak syak lagi, itulah Sultan Kelantan..

Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.. Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga jemaah masjid disebelah asyik melihat kehairanan.



Jom Kenali Sultan Kelantan....!

Pepatah menyebut 'Raja yg adil/baik raja disayangi rakyat, raja yg zalim lagi keji raja dibenci.' Peribahasa ni aku dah ubah.

Hari ni aku bercerita tentang sultan, sultan yg menjadi kesayangan rakyat....siapa lagi kalau bukan putera sultan kelantan yg sudah dinobat menjadi sultan Kelantan tidak lama dulu. Sebelum ni mana pernah aku kisah pun pasal sultan. "Hadoo aku kesahh?" Ahh..ganaznyer ayat aku.(Encemnyerrr masa muda tuanku Faris ni).


Kenapa kelantan ek? Aku kan org pahang. Citerla sultan phg ke, yg Dipertua Neg.Sembilan ke? At least atuk sebelah abah aku asal Negeri Sembilan? Tidak. Tidak. Aku takkan bercerita tentang sultan negeri lain, hatta negeri Pahang yg kecoh dgn kontroversi Lynas yg tidak mendapat pembelaan itu.


Jauh sekali nak cerita pasal sultan negeri Johor, Selangor atau mcm² negeri lain lagi. Hanya Sultan Muhammad v Kelantan yg bertahta dihati....... iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra yg ingin aku perkatakan. Kenapa? Sebab dia disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain termasuk aku.


...........Banyak yg aku baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni...selain rajin imamkan solat...baginda jugak rajin melawat rakyat²nya.....sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.

Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu sultan.............!

.

Beruntungnya kelantan memiliki Ulama² yg disegani seperti Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama dan guru² agama, begitu juga Sultan yg baru ini...penuh budi-pekerti merendah diri. Semoga Allah melimpahkan rahmat kasih-syg kpd para ulama dan sultan seperti baginda walau dimana jua berada.



Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October 1969.....wah 6 Oct. sama dgn kakak aku. Hensem plak tu. Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri.




(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).

Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warakmesra rakyat danmengutamakan Agama Islam dalam setiap hal. - Ayat perenggan ni aku petik darihttp://perakan.org.my/v2/?p=2001.














Setakat tu dlu info mengenai baginda, kalau ada aku tambah lagi. Bukan dah takder, tapi penat so, nk berehat seketika bersama kit kat.Oh yer, baginda jugak suka pakai jubah. Yerlah...raja² ,anak raja, dan org² kebanyakkan cam kita mana suka selalu berjubah² ni. Aku tau ni pun melalui apa yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti.

Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg kluarkan gambar tentang sultan yg aku ambil nie.....ramai, nak tulis pun tak larat (ayat cover - malas). Bagus kan.......

Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid




0 comments:

Post a Comment