Satu akaun Facebook milik seorang rakyat Singapura yang menggunakan nama Sean Pual menyeru rakyat negara itu untuk berhenti daripada memasuki Johor kerana melihat kesan tindakan itu nanti.
“Kebiasaan warga Singapura akan membeli-belah, bercuti di sini tetapi kalau ada VEP di Malaysia dan kenaikan kadar itu oleh kerajaan Singapura mungkin ia tidak berbaloi untuk terus menetap dan datang ke sini (Johor).
“Kiraan kewangan sama seperti berbelanja di Singapura malah ia lebih menjimatkan dari segi masa dan belian minyak akibat kesesakan di pintu masuk,” katanya.
Berkenaan caj VEP Singapura, kerajaan republik itu telah pun menaikkan kadar daripada RM54.10 sehari kepada RM90 sehari kepada kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia yang ingin masuk ke negara itu, - SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment