BANJIR TERBURUK 2015 DI GUA MUSANG DALAM TEMPOH 30 TAHUN I Semenjak dua menjak ini, pantai timur di Malaysia mengalami cuaca yang agak tidak baik. Hujan 24 jam dalam beberapa hari ni dan mulalah kejadiaan yang tidak diingini telah berlaku di pantai timur teutama negeri Kelantan dan Terengganu. Negeri Pahang bakal ditenggelami air seperti dua negeri tersebut. Malah bukan sekadar banjir, tanah runtuh turut berlaku di beberapa kawasan di Malaysia.
Banjir terburuk 2015 di Gua Musang dalam tempoh 30 tahun. Luahan seorang penduduk Kampung Batu Papan bahawa kali ini merupakan banjir yang amat luar biasa dan menggerunkan. Hal ini kerana apabila kampung mereka nampak seolah-olah pulau kerana 90 peratus ditenggelami air dan 10 peratus sahaja tinggal daratan.
Menurut penduduk kampung Gua Musang, kali ini merupakan banjir terburuk yang berlaku di sini dalam tempoh 30 tahun. Kira-kira 200 buah rumah penduduk Kampung Batu Papan telah ditenggelami oleh air banjir. Hal ini kerana biasanya air akan surut dalam tempoh 12 jam namun hujan semakin lebat dan tidak henti sejak 3 hari yang lepas.
Seorang lagi penduduk Kampung Batu Papa berkata, “Memang banjir tahun ini luar biasalah dan amat meggerunkan sebab 100 peratus kena pindah. Seingat saya duduk sini inilah paling teruk dan dalam sejarah bencana terburuk di Batu papan, kalau dulu tahun 2001 tidak seteruk ni,”
“Malam saya bangun dalam pukul 2 surut dalam sekaki. Pagi ni memang cepat naik dari kelmarin lagi. Pertama lagi 30 tahun lebih saya duduk kampung ni, nilah paling teruk. Memang di luar jangkaanlah,” tambah Mohd Alif Yusof.
Disamping itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab. Aziz Yusoff bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang turut menyalurkan bantuan makanan dan keperluan kepada penduduk serta menyelamatkan seorang wanita sarat mengandung serta seorang warga emas yang sakit.
Kata beliau, “Kampung Batu Papan dah terkepung dengan air dan seolah-olah pulau dan kita telah agihkan makanan. Kita tak mampu untuk mengangkut mereka kerana terlalu ramai. Dan kita tidak mencukupi bot2 untuk mengangkut kerana, Gua Musang banjir besar dan bot amat terhad.”
Sebanyak tiga buah pusat pemindahan bagi DUN Galas iaitu di SMK Tengku Indra Petra 1, SMK Tengku Indra Petra 2 dan SK Fakhri Petra. Sehingga malam ni Gua Musang mencatatkan lebih 4 ribu orang mangsa banjir.
Oleh itu, mari kita bersama-sama doakan untuk mereka supaya semuanya selamat dan cuaca kembali seperti biasa. Pray For Pantai Timur.
0 comments:
Post a Comment