Friday, 5 December 2014

Filled Under:

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online

upu-2015
Borang permohonan kemasukan UPU atau IPTA sesi Akademik 2015/ 2016 secara online. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan ke IPTA sesi 2015/ 2016 dibuka mulai 19 Januari 2015 sehingga 6 April 2015. Oleh itu, pembelian nombor unik ID boleh dibeli menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tarikh permohonan dibuka iaitu mulai 19 Januari 2015. Permohonan UPU sesi 2015/ 2016 terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online

Cara Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online
Permohonan ke IPTA 2015/ 2016 mewajibkan calon untuk membeli nombor pin unik ID UPU di bank BSN mulai 19 Januari 2015.

Syarat Program UPU Lepasan SPM dan Setaraf
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Syarat Program UPU Lepasan STPM dan Setaraf
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2014 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2014; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2014 atau 2013; atau
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Tarikh Tutup Permohonan UPU 2015/ 2016
  • 6 April 2015
Semakan keputusan UPU 2015/ 2016
  • Mei 2015





0 comments:

Post a Comment