
Sebuah syarikat jamu yang terkenal di Indonesia mendakwa Malaysia meniru jamu negara itu, semalam.
Menurut Presiden Pengarah PT Mustika Ratu Tbk Putri Kuswisnu Wardani
berkata, Malaysia tidak sepatutnya menggunakan perkataan 'jamu' untuk
ubat tradisional kerana perkataan itu berasal dari bahasa Jawa. (Apa di Malaysia takde Jawa ke makcik?)
Menurutnya lagi, masyarakat Melayu Malaysia pada zaman dulu menggunakan
perkataan ‘ubat kampung’ tetapi kerana semakin popular ia diubah menjadi
‘jamu Malaysia.’
“Malaysia menamakan ubat tradisionalnya ubat kampung. Seperti di
China, ada ‘Chinese medicine.’ Di India, namanya ayuveda. Tetapi sejak
kebelakangan ini, pengeluar ubat tradisional di Malaysia menamakan
produk mereka ‘jamu,” kata Putri kepada wartawan di Kementerian Perdagangan Indonesia di Jakarta, semalam.
Menurutnya, perkataan jamu itu berasal dari bahasa Jawa yang bererti ramuan kesihatan dan ia tidak ada dalam perkataan Melayu.
Dia menggesa supaya perkataan jamu itu didaftarkan segera sebagai milik Indonesia.
“Jamu berasal dari Indonesia. Asal perkataan jamu itu ialah ‘jampi
usodo,’ bahasa Jawa yang bererti ramuan kesihatan. Kita perlu daftarkan
perkataan itu segera,” kata Putri.
Sehubungan itu, dia mendesak Indonesia mendaftarkan perkataan berkenaan
sebagai warisan budaya nasional asli Indonesia di UNESCO.
Putri berkata, dia sudah bertemu dengan Menteri Kajian Teknologi dan Pelajaran Tinggi M Nasir untuk tindakan lanjut segera.
“Kami menemui Nasir untuk mengemukakan perkara ini. Jangan sampai produk kita didakwa milik negara lain,” katanya.
0 comments:
Post a Comment