Friday, 26 December 2014

Filled Under:

MB Kelantan Mohon Maaf Tak Dapat Bantu Mangsa Banjir


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan kerana tidak dapat bersama-sama mereka dalam menghadapi banjir yang semakin buruk.

Lapor akhbar tempatan, beliau tidak dapat turun padang untuk meninjau daerah-daerah yang terjejas khususnya DUN Pasir Pekan yang diwakilinya kerana menghadapi pelbagai kesukaran. 

“Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat, khususnya di DUN saya kerana menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana turut terperangkap (dalam banjir) apabila air mula memasuki rumah,” katanya.


Terdahulu, seorang anggota RELA, Shaiful, sanggup meninggalkan rumahnya demi melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa banjir biarpun rumahnya sendiri dilanda banjir. 

Sungguhpun beliau hanya anggota bawahan namun, hatinya bersih dan berjiwa rakyat. Tidak seperti sesetengah pihak (Keyboard Warrior) yang hanya pandai menunding jari dan mencari kesalahan untuk memburukkan lagi keadaan. -MYMEDIAHUB




0 comments:

Post a Comment