Friday, 5 December 2014

Filled Under:

Penyokong Malaysia Jangan Main Laser - Pengurus Vietnam

malaysia vietnam trauma laser


Kelana Jaya: Jangan main laser! Itu permintaan pengurus Vietnam Mai Duc Chung yang berharap insiden didakwanya berlaku empat tahun lalu di separuh akhir Piala AFF tidak lagi berulang Ahad ini.
"Ingin saya ingatkan kepada penyokong Malaysia supaya memiliki semangat kesukanan. Tolong jangan bakar suar dan memancarkan laser kepada pemain.

"Saya menyuarakan perkara ini kerana ia pernah berlaku empat tahun lalu apabila laser dipancarkan kepada mata pemain. Ia boleh mengganggu pemain," katanya.

Pada separuh akhir pertama Piala AFF 2010, penyokong Malaysia didakwa menggunakan laser dengan pemain Vietnam dan penjaga golnya, Bui Tan Truong menjadi mangsa terutama sepanjang separuh masa kedua berlangsung.

Vietnam tewas 0-2 kepada Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke final dengan menyingkirkan juara 2008 itu apabila terikat tanpa jaringan di tempat lawan pada aksi timbal balik.




0 comments:

Post a Comment