KUANTAN: Orang ramai yang sedang bersarapan di sebuah warung nasi dagang di tepi Jalan Kuantan-Pekan pagi tadi terkejut apabila mendapati seorang daripada pelanggan di warung berkenaan adalah pemimpin nombor satu negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan, meminta anggota rombongannya singgah di warung di Ubai, Pekan untuk menikmati Nasi Dagang Ubai yang sememangnya terkenal di kalangan penduduk Kuantan dan Pekan.
Beliau meluang masa hampir 20 minit untuk bersarapan dan bertanya khabar kepada pelanggan-pelanggan lain sebelum turut melawat sebuah lagi gerai berhampiran.
Kehadiran Najib menarik perhatian orang ramai yang kemudian mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dan bergambar dengan beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan.
Najib dalam ucapannya pada majlis berkhatan beramai-ramai peringkat Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan selepas itu berkata, kesempatan menikmati sarapan dan bermesra dengan rakyat seperti itu adalah satu kepuasan untuk dirinya.
- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment