Saturday, 30 May 2015

Filled Under:

Inilah Jumlah Gol Yang Diatur Bookie Untuk Perlawanan Malaysia vs Timor Leste Malam Ini







4 individu yang terlibat dengan rasuah perlawanan Malaysia vs Timor Leste. Mereka cuba mengaturkan perlawanan dengan memastikan Timor Leste menang 4-0 atau 5-0 malam ini.

Jawatankuasa Penganjuran Sukan Sea Singapura (SIGSOC) dalam kenyataan menegaskan perlawanan Kumpulan B diantara Malaysia menentang Timor Leste akan tetap diteruskan  di Stadium Bishan walaupun Timor Leste sedang disiasat ekoran rasuah bola sepak.
Keputusan itu dikeluarkan selepas mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bola Sepak Timor Leste selain dari mendapat nasihat dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) termausk Federasi Sukan SEA (SEAGF).

Semalam Sukan SEA digemparkan dengan berita pasukan bola sepak Timor Leste disyaki terlibat dengan gejala rasuah bola sepak.

Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura (CPIB) telah melancarkan operasi lewat malam semalam selepas menerima maklumat mengenainya.

Menurut akhbar Berita Harian Singapura, seorang warga Singapura dan beberapa warga asing telah diberkas.

Sumber : HarimauMalaya & Astro Arena





0 comments:

Post a Comment