Wednesday, 20 May 2015
Filled Under:
berita
Kerajaan Umum Cas GST Ke Atas Kad Tambah Nilai Akan Dikekalkan
Posted By:
Joe Suharto
on 01:50
KUALA LUMPUR: Kerajaan nampaknya telah membatalkan keputusan mengembalikan harga lama kad tambah nilai apabila mengumumkan untuk mengekalkan cas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai hari ini.
Pengumuman itu dilakukan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerana menurut beliau GST tidak akan dicas semasa dibeli sebaliknya nilai kredit 6% akan dipotong apabila tambah nilai diaktifkan.
"Kerajaan berusaha mencontohi negara-negara lain yang turut mengenakan cukai ini ke atas penggunanya. Pengguna tidak akan dibebankan dengan GST ketika membeli kad tambah nilai terbabit, sebaliknya hanya dikenakan GST ketika membuat panggilan, menghantar SMS dan sebagainya.
"Ia sama seperti penggunaan kad 'Touch n Go' dan bayaran tempat parkir kereta yang dikenakan cukai ini. Mereka hanya dicukaikan semasa penggunaan khidmat-khidmat ini,"katanya ketika menjawab soalan (BN-Tanah Merah), Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Ikmal Hisham sebelum itu meminta kerajaan untuk menjawab berkaitan usaha kerajaan bagi mematikan syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula cas GST yang dikenakan ke atas kad prabayar mereka.
Ahmad Shabery menjelaskan untuk mengimbangi kesan GST, pihak kerajaan akan meminta pihak syarikat telekomunikasi menurunkan tarif perkhidmatan bagi penggunaan panggilan dan mesej.
"Kami (kerajaan) sedang berusaha mencari jalan supaya pelaksanaannya boleh diterima dan dipakai dengan baik pada masa hadapan.
"Kami juga menggesa syarikat-syarikat ini menawarkan pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar," katanya lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment