Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada pemain Harimau Muda supaya 'tidak melakukan tindakan bodoh' yang boleh menjejaskan prestasi mereka ketika beraksi dalam perlawanan.
Berikutan kontroversi Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang dilayang kad merah kerana meludah ke Filipe Oliveira ketika menentang Timor Leste pada aksi pertama Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Singapura malam tadi, beliau amat kecewa dengan insiden tersebut.Menurut laporan Bernama, beliau mengingatkan bahawa tindakan tersebut semestinya akan diberi hukuman yang berat tetapi ia juga akan mengecewakan rakan sepasukan lain yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
"Bermain tanpa seorang pemain itu satu kelemahan dalam pasukan dan walaupun Harimau Muda itu pemain muda namun usia muda tidak bermaksud bahawa awak bodoh," katanya.
Khairy turut meminta skuad Harimau Muda membuat persiapan yang lebih intensif menjelang pertemuan pasukan Vietnam dan Thailand pada perlawanan akan datang yang dijangka menjadi aksi lebih sengit berbanding Timor Leste.
Beliau juga ingin melihat bakat dan teknik Harimau Muda yang sebenar jika ingin membawa pulang pingat untuk negara.
"Saya harap pemain-pemain kita dan jurulatih Datuk Ong Kim Swee dapat mengambil iktibar daripada perlawanan semalam dan mengurangkan kesilapan untuk tunjukkan aksi sebenar.
Dalam perlawanan di Stadium Bishan malam tadi, susulan kehilangan seorang pemain kerana dibuang padang, pasukan Malaysia mempamerkan aksi tempang dengan 10 pemain dan hanya menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste.
Sumber : Astro Arena
0 comments:
Post a Comment