Tuesday, 26 May 2015

Filled Under:

Punca Sebenar Aidil Hanya Mampu Beri Nafkah RM20 Sehari Kepada Rita




Harian Metro melaporkan Mohamad Aidil berkata demikian di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam, ketika disoal peguam Syarie mewakili Rita selaku plaintif, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah tertunggak dikemukakan pelakon terkenal itu.
Dia berkata, jumlah RM20 itu adalah RM10 untuk belanja makan dan minum bagi tengah hari serta selebihnya untuk makan malam. Ketika disoal Mohd Zaidi mengenai kos perbelanjaan sarapan, minum petang dan makan lewat malam dituntut bekas isterinya itu, Mohd Aidil (defendan) menjawab, dia jarang makan selain tengah hari dan malam.
“Peruntukan perbelanjaan makan dan minum bagi plaintif tidak melebihi RM1,000 sebulan, bukannya RM1,500 sebulan yang dituntut,” katanya. Dia juga tidak bersetuju dengan cadangan Mohd Zaidi bahawa peruntukan RM43 sebagai perbelanjaan makanan harian untuk bekas isterinya itu kerana ia di luar kemampuan dirinya.




0 comments:

Post a Comment