Semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 atau Form 6 sesi 2015/ 2016 secara online. Kepada calon yang gagal untuk mendapat tawaran ke Tingkatan 6 KPM bagi sesi 2015/ 2016, semakan keputusan rayuan akan diumumkan keluar pada 4 Jun 2015. Tapi perlu diingatkan bahawa calon terlebih dahulu perlu mengemukakan rayuan di sekolah yang berdekatan dan kelulusan permohonan adalah bergantung kepada kekesongan tempat belajar.
Borang Rayuan Form 6 Sesi 2015/ 2016
Bagi yang masih belum mengemukakan rayuan, sila isi dan lengkapkan Klik Borang Rayuan Form 6 dan hantar ke sekolah lama anda.
Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2015/ 2016
Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri kepada semua calon melalui Sekolah Pusat Tingkatan Enam masing-masing mulai 4 Jun 2015. Manakala tarikh pendaftaran ke Tingkatan 6 pada 25 Jun 2015 atau selewanya dalam tempoh 7 hari bekerja.
Tarikh Pendaftaran Ke Tingkatan 6 Sesi 2015/ 2016
25 Jun 2015
Kelayakan Minimum Rayuan Form 6 Sesi 2015/ 2016
- Lulus dalam peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
- Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-manamata pelajaran lain;
- Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am; dan
- Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik
0 comments:
Post a Comment