Monday 24 March 2014

Filled Under:

Cabaran Seterusnya : Mencari Kotak Hitam Dan Jasad Mangsa Di Dasar Selatan Lautan Hindi

www.mynewshub.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan MH370 terhempas di Selatan Lautan Hindi.
Beliau mengesahkan mimpi ngeri yang selama ini ada dalam kotak pemikiran kita tetapi tidak mahu kita terima.
Namun, punca kapal itu terhempas atau mengapa ia diterbangkang ke Lautan Hindi masih misteri.
Kita tetap berdoa agar keajaiban berlaku dan semua yang terlibat pulang dengan selamat.
Namun, kita hanya mampu merancang… tuhan jua yang menentukan segalanya.
Kini, tumpuan adalah untuk mencari mangsa di dasar lautan dan serpihan serta bangkai pesawat.
Perasankah anda… kenyataan Najib bahawa MH370 terhempas bukan bersandarkan sebarang penemuan serpihan tetapi berdasarkan laporan satelit.
Bermakna, pencarian kotak hitam MH370 dan dan jawapan kepada banyak soalan misteri berhubung MH370 sebenarnya masih jauh.
Kotak hitam penerbangan Air France di kedalaman 2500 meter hanya ditemui selepas 2 tahun, manakala MH370 di kawasan yang mana kedalamannya mencecah 3,600 meter, bayangkan kesukaran yang bakal ditempuh.
Penemuan beberapa serpihan yang dilaporkan beberapa negara belum dapat disahkan sebagai milik MH370.
Justeru… mencari MH370 termasuk jasad penumpangnya masih jauh.
Suasana lautan dan kedalaman Lautan Hindi yang ada kawasannya sehingga 7 kali ganda ketinggian KLCC pasti boleh memberikan kita serba sedikit gambaran akan cabaran yang menanti pasukan mencari MH370.
Kalau berkesempatan… bacalah dua rencana di bawah yang ditulis wartawan Mynewshub sebelum ini, agar kita semua dapat membayangkan bagaimana sukarnya langkah seterusnya yang akan dilalui semua pihak… termasuk kesabaran para keluarga penumpang yang pastikan mahu penutup kepada episod sedih ini dengan penemuan jasad orang tersayang dari dasar selatan Lautan Hindi.




0 comments:

Post a Comment