Sunday 30 March 2014

Filled Under:

E-mail risikan USA yang digodam dedah kehilangan #MH370 adalah Perancangan Amerika!

MH370: EMEL RISIKAN USA YANG DIGODAM DEDAH KEHILANGAN MH370 ADALAH KERJA AMERIKA

Apabila mezahirkan tanggapan bahawa Amerika berkemungkinan dalang dalam kes kehilangan MH 370, ramai pembaca mengutuk kaw-kaw punya.

Namun, sebagai memperjudikan nasib, gua siarkan juga segala cacian dan makian mereka agar apabila kebenaran terserlah kelak mereka yang memaki-hamun dan mencaci gua boleh sembam muka dalam lumpur untuk mengelakkan aib.

Alhamdulillah, kebenaran sudah makin hampir dijangkau. Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Menyayangi kita umat Bani Jawi dan umat Islam di Tanah Melayu kita ini.

Berita di bawah ini jika benar adalah suatu yang menyakitkan hati.

Sumber emel perisikan Amerika Syarikat yang telah digodam menunjukkan bahawa Amerika Syarikat secara aktif terlibat dalam merancang serangan terorisma keatas fasiliti ketenteraan di Ukraine untuk mengkambing hitamkan Rusia dengan menggunakan pesawat komersil yang telah dirampas dan kemudiannya diubahsuai menjadi pesawat “peluru berpandu”.

Oleh yang demikian nampaknya, pihak Amerika Syarikat sedang menggunakan senjata “serampang dua mata” di mana ia dapat melaksanakan bukan dua, malah tiga agenda serentak

1. Menghuru harakan keadaan yang tegang di Ukraine dengan Rusia
2. Mencipta hura-hara di Malaysia di atas nama “Peperangan keatas Terorisma” yang kononnya melibatkan teroris Al Qaeda.
3. Mengeruhkan hubungan 2 hala antara Malaysia dengan ChinaNamun pada masa yang sama, keselamatan penumpang dan krew pesawat tidaklah boleh dipastikan. Mungkin ia digunakan sebagai tebusan ke atas Kerajaan Malaysia.

Sekarang tiada siapa boleh mempertikaikan dakwaan-dakwaan akan wujudnya konspirasi besar-besaran yang dirancang oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu baratnya, khususnya keatas Malaysia.

Setakat ini belum ada masa lagi untuk menterjemahkan kandungan asal naratif emel tersebut. Kalau ada di antara saudara-saudari sekelian yang boleh membantu melengkapkan, bantuan anda sangatlah dihargai.

SUMBER: Gordon Duff, Senior Editor
http://www.veteranstoday.com/
Soal sama ada ‘orang dalam’ Malaysia terlibat dalam konspirasi ini perlu disiasat.
- See more at: http://sinarharian-on9.blogspot.com/2014/03/e-mail-risikan-usa-yang-digodam-




1 comments:

  1. Internationally speaking,these things is possible to happen, as we know U.S n Rssia never confronted each other bu use proxies (Vietnam) to fight Cold War for them. Same could happen to us. These people are well trimmed for their 'inside' job to create animosity in international relations btwn states. Its time to wake up guys, if the plane was crashed, where is the 'grave'.

    ReplyDelete