Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Balingian 29 Mac 2014 Sarawak. PRK Balingian menyaksikan persaingan antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu bekas pegawai daerah Dalat Yussibnosh Balo, 48, dan seorang ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang,55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tujuan utama Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian diadakan berikutan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014. Menerusi makluman rasmi SPR, keputusan PRK DUN Balingian akan diketahui selewatnya pada jam 8.00 malam.
Keputusan Rasmi PRK DUN Balingian 29 Mac 2014 Sarawak
BN menewaskan PKR di DUN Balingian Sarawak dengan majoriti mudah. Calon BN, Yussibnosh Balo meraih 8,194 undi manakala calon PKR, Abdul Jalil Bujang memperoleh 1,283 undi. Undi majoriti adalah 6,991.
Yussibnosh Balo (Barisan Nasional)
Bilangan Undi: 8,194
Majoriti: 6,991
Status: Keputusan Rasmi
Rumusan: BN kekal kerusi DUN Balingan Sarawak
Abdul Jalil Bujang (PKR)
Bilangan Undi: 1,283
Majoriti: -
Status: Keputusan Rasmi
Rumusan: PKR tewas kerusi DUN Balingian Sarawak
Keputusan rasmi PRK DUN Balingian Sarawak telah diumumkan pada jam 8.00 malam
0 comments:
Post a Comment