Berhubung mengapa TUDM tidak melancarkan pesawat pemintas selepas mengesan pesawat tanpa identiti melintasi ruang udara, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan pesawat berkenaan dikenal pasti sebagai pesawat awam.
Ini berdasarkan pusingan udara dibuat ketika masih berada dalam ruang udara Malaysia dan bukan datang dari luar.
” Untuk menembak sebuah pesawat komersil, yang didalamnya ada penumpang-penumpang dari 14 negara, siapa nak buat keputusan itu kalau kapal terbang itu tidak berhenti?
” Ini yang berlaku dalam peristiwa 9/11 di Amerika…dalam hal MH370 ini, kalau kita tembak jatuh pesawat komersil tersebut, saya rasa kita akan pikul kontroversi yang lebih berat,” katanya. – Mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment