Apa yang sering bermain dalam fikiran
pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin sebelum beliau memasuki
bilik sidang akhbar yang bersiaran secara langsung setiap hari sejak tiga minggu
lepas?

“Keluarga penumpang dan anak kapal. Bahagian paling sukar bagi saya ialah
mengetahui mereka akan menonton dan mengharapkan sesuatu… bahawa saya boleh
memaklumkan kepada mereka berita gembira atau yang mengakhiri penantian mereka,”
katanya.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika ditemu bual media tempatan di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Hishammuddin, 52, yang menjalani rawatan angioplasti hampir empat bulan
lepas, beliau mengakui kurang tidur selepas insiden berkenaan.

“Tak tidur sebab zon masa. Maklumat datang dari pelbagai zon masa. Maklumat
yang seperti ini umpama ‘roller-coaster’ untuk saya.

“Sebelum nak tidur, orang kata ada tumpahan minyak, esok pagi kata negatif.
Baru nak tidur, kata ada (jumpa) jaket keselamatan, esok bangun kata negatif.
Itu yang saya lalui bersama anggota Kabinet khususnya Perdana Menteri,” katanya.

Empati beliau terhadap keluarga terbabit diluahkan secara terbuka sebelum
ini, dan Hishammuddin berharap waris mereka yang berada dalam pesawat malang itu
faham bahawa kerajaan Malaysia sedang berusaha sedaya upaya serta konsisten
dalam insiden yang tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada
8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan
AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”

Hishammuddin yakin tragedi itu membawa hikmah tersendiri apabila semua
rakyat Malaysia, tidak kira agama, bangsa atau fahaman politik bersatu mendoakan
yang terbaik dan mempertahan negara apabila ‘dihentam’ media asing.

Saban hari, laman sosial Hishammuddin, yang juga anak Perdana Menteri Ketiga
Malaysia Tun Hussein Onn, ‘dihujani’ kata-kata semangat meminta beliau tidak
berputus asa.

“Kita tengok dalam Twitter, ramai pemimpin pembangkang yang beri kata-kata
semangat kepada saya setiap hari. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum
ini. Terpulang kepada anda sama ada ingin melihat sesuatu perkara secara positif
atau negatif,” katanya.

Ironinya, ini bukan kali pertama Hishammuddin ‘diuji’ dengan kejadian di
luar jangka kerana setahun yang lepas, beliau atas kapasiti sebagai Menteri
Dalam Negeri berdepan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menganggap itu sebagai ‘asam garam’ pekerjaan pilihannya, Hishammuddin yang
juga Menteri Pertahanan, berkata kedua-dua insiden (Lahad Datu dan MH370)
membawa cabaran berbeza.

“Ketika kejadian Lahad Datu, kita (Malaysia) tidak mempunyai sokongan dan
kepakaran daripada dunia, saya secara peribadi berasa keseorangan dan maklumat
yang kita terima tidak boleh dikongsi dengan orang ramai,” katanya.

Ini berbeza dengan tragedi MH370 apabila pelbagai negara, tanpa
membangkitkan soal kewangan, menawarkan bantuan, menghantar aset terkini dan
canggih selain berkongsi maklumat radar hanya untuk mencari MH370.

Ditanya bagaimana beliau melihat beberapa individu mengambil kesempatan
daripada tragedi MH370, Hishammuddin berkata beliau kesal dengan kejadian itu
namun yakin ‘hanya perkara yang baik akan menang di akhirnya apabila kebenaran
terbukti’.

“Saya tidak pernah menyesal. Malah saya amat bangga menjadi pemangku Menteri
Pengangkutan dan Menteri Pertahanan. Saya bangga dengan pasukan mencari dan
menyelamat kita serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kita berdiri
sebagai sebuah bangsa.

“Saya tidak akan putus asa. Semua yang berlaku ada sebabnya. Saya buat yang
terbaik dan tawakal kepada Allah,” katanya. - BERNAMA

0 comments:
Post a Comment