Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2012 yang memperoleh 9A+ dan ke atas.
Tajaan Pelajar Cemerlang SPM 2012 Oleh Bursary Kementerian Pelajaran Malaysia
Syarat-Syarat Umum
Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2012Warganegara Malaysia
Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012.
Syarat-Syarat Khusus
Mengikuti salah satu program persediaan berikut- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
- Matrikulasi
- Asasi
- International Baccalaureate (IB)
- A-Level
- Mengikuti pengajian peringkat persediaan di institusi persediaan dalam negara yang telah ditetapkan
STPM
Pelajar boleh mengikuti program STPM di mana-mana sekolah yang menawarkan program ini. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.Pelajar lepasan STPM berpeluang memohon masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama.
Matrikulasi
Matrikulasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan kursus persediaan jurusan Sains dan jurusan Perakaunan bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama pelbagai bidang di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun.Kelayakan ini turut diterima pakai untuk memohon kemasukan ke IPT luar negara TERHAD kepada universiti yang menerima kemasukan lepasan Matrikulasi.
Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:
- Kolej Matrikulasi Melaka
- Kolej Matrikulasi Labuan
- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
- Kolej Matrikulasi Perlis
- Kolej Matrikulasi Johor
- Kolej Matrikulasi Perak
- Kolej Matrikulasi Kedah
- Kolej Matrikulasi Pahang
- Kolej Matrikulasi Selangor
- Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
- Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
- Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Maklumat untuk program lain boleh rujuk pada pautan ini - Maklumat Program Tajaan Pelajar Cemerlang SPM2012
Info lanjut dan cara memohon boleh ke pautan berikut: Bursary Pelajar Cemerlang SPM2012
Jumlah Tajaan
- Pembiayaan yuran pengajian
- Elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan
0 comments:
Post a Comment