Monday 24 March 2014

Filled Under:

VIDEO: Petugas Media China Meraung Kongsi Berita MH370

VIDEO: Petugas Media China Meraung Sampaikan Berita MH370
Semalam, satu negara menitiskan air mata setelah mendengar pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa nasib pesawat MH370 sudah berakhir di selatan Lautan Hindi.
Seperti diketahui, selain daripada Malaysia penumpang paling ramai yang menduduki pesawat adalah warga China iaitu 153 orang daripada keseluruhan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Tidak hairanlah, petugas media negara sana yang berada di sini cukup terkesan dengan berita sedih ini.
Video di bawah merakamkan bagaimana seorang petugas media China menangis teresak-esak ketika menghubungi rakan di negaranya untuk memaklumkan berita semalam.
Difahamkan antara yang dituturkan oleh petugas China ini setelah dialih bahasa adalah, “Minta maaf ini perkembangan terbaru. MH370 dah terhempas di Lautan Hindi. Maaflah saya dah cuba kawal perasaan tapi…”





0 comments:

Post a Comment