Thursday, 29 May 2014

Filled Under:

Demi Undi Teluk Intan, Dyana Sarankan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Dihapuskan

Dyana Sofya sekali lagi cuba membangkitkan isu yang melibatkan kepentingan melayu. Entah apa yang bermain di benak wanita muda ini. Apakah hanya kerana ingin menang dalam PRK Teluk Intan, lantas segala hak-hak orang melayu dipertaruhkan + digadai hanya kerana mahu meraih undi di Teluk Intan?

Terbaru calon DAP berbangsa melayu atau lebih sesuai digelarkan sebagai calon kacang lupakan kulit ini meminta agar Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dihapus dan dibuka kepada kaum lain.

Inilah penyakit Gen Y yang semakin hari semakin bongkak dan tidak mahu belajar dari sejarah. Bagi mereka, apa yang lama dan lapuk, haruslah dimansuhkan dan dihapuskan tanpa memikirkan kepentingan sesuatu perkara itu pada negara dan bangsa.

Baca nukilan khas dari Shah Paskal yang menjawab tindakan calon DAP yang boleh dilabelkan sebagai tindakan dungu seorang melayu termakan DNA khinzir DAP:


Normally i really didn't care about politics unless terconnect dengan my favourite subject -the military-

Saya fikir saranan politician perempuan yang duduk dalam parti DAP supaya Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dihapuskan dan dibuka kepada kaum lain adalah perkara yang tidak tepat. British dulu membenarkan penubuhan RAMD supaya anak watan iaitu orang Melayu boleh mempertahankan ibu pertiwinya sendiri dan penubuhannya juga dimulakan oleh Raja-raja Melayu yang berjiwa besar, bukan politician macam budak perempuan itu.

Ia lebih kepada nilai sejarah, sentimental, rejimental, traditional.

Bangsa lain masih boleh memasuki tentera dan tidak ada halangan kepada mereka, mereka masih boleh menguasai lapangan strategik seperti pegawai dalam armor, artilleri malah menjadi juruterbang kepada jet pejuang negara. 

Perkhidmatan strategik seperti kapal selam juga tidak menafikan hak orang bukan Melayu atau Islam, kita lihat ada kru kapal selam terdiri dari orang bukan Melayu. Saya ulang- PERKHIDMATAN STRATEGIK DAN RAHSIA.....anda tidak akan jumpa orang Melayu memasuki perkhidmatan strategik macam ini di Singapura, baik sebagai komander kereta kebal Leopard atau juruterbang dan kru pesawat F-15, Awacs dan kapal selam mereka.

Saya fikir, budak perempuan itu dikendalikan secara "remote control" macam benda alah yang kita panggil UAV itu, adalah menjadi satu rekod bahawa orang bukan Melayu memang kurang minat memasuki tentera, tambahan pula RAMD.

Saya fikir ini, ini adalah peperangan eksperimental untuk melihat reaksi orang Melayu sendiri. Sama ada orang Melayu bersedia atau tidak untuk membuka semua kepentingan strategik mereka.

Lagi pun, DAP belajar dari Lee Kuan Yew yang pernah menjadikan Othman Wok sebagai umpan untuk kaum Melayu di Singapura.

Melayu dapat imbuhan....presiden Melayu pertama (Sekali sahaja), command tentera dalam bahasa Melayu, Lagu kebangsaan Majulah Singapura dalam bahasa Melayu dan kampung Melayu Geylang. Itu lah sahaja.... - SUMBER




0 comments:

Post a Comment