Thursday, 29 May 2014

Filled Under:

Sultan Johor Mahu Tuntut Pulau Batu Putih

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas untuk membuat rayuan bagi membatalkan keputusan berkaitan Pulau Batu Putih.
Baginda bertitah, perkara itu juga adalah pesanan Almarhum ayahandanya bahawa pulau itu adalah milik Johor dan mestilah menjadi sebahagian daripada negeri berkenaan.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-13, sebentar tadi.
Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.
Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.
Penghakiman itu diumumkan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh di The Hague, Belanda.
Pulau Batu Putih, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor.
Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura.
Bagi Terumbu Karang Tengah pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak kepada Malaysia. Begitu juga Terumbu Karang Selatan. - BH Online




0 comments:

Post a Comment