PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau
kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang,
Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar
tadi.
Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam
pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad
Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini.
Beliau mengetuai 14 ADUN ketika sidang akhbar berkenaan.
Sumber : http://mymediahubonline.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment