Akibat terpengaruh dengan cerita jika melancong ke kota singa,
Singapura, pelancong harus mencuba ketam masak cili yang seringkali
disanjung kononnya masakan ketam terhebat di dunia, seorang lelaki warga
Filipina dan keluarganya bermandi peluh dan terdiam selama 5 minit
apabila bil makanan malamnya berjumlah $1,186 (RM3,071).
Lebih memeranjatkan, ketam seekor sahaja dicaj RM1800!
Kejadian berlaku akibat masalah komunikasi dimana si pelayan yang
mengambil pesanan lelaki itu bertanyakan sama ada mereka mahukan ketam
kecil atau besar dengan memberikan isyarat tangan dikembangkan
menandakan saiz besar.
Sudah tentu mereka mahukan saiz yang besar tanpa menyedari ketam yang
dimaksudkan itu adalah ketam Alaska yang sememangnya mahal dan sukar
didapati.
Pengadu mendakwa, sekiranya pelayan menjelaskan ketam itu adalah ketam
Alaska, sudah pasti mereka tidak akan mencuba-cuba untuk memesannya. -
My Media Hub
0 comments:
Post a Comment