Wednesday, 4 June 2014

Filled Under:

Permohonan Skim Pembiayaan Mikro-I Bazar Ramadan 2014

Permohonan Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014. Pendaftaran skim bazar Ramadhan 2014 kini dibuka kepada semua penjaja dan peniaga kecil diseluruh negara dengan peruntukan RM45 Juta. Skim itu merupakan pembiayaan tanpa faedah sehingga RM3,000 dengan tempoh bayaran balik selama dua bulan selepas berakhir Ramadan. Berikut adalah maklumat penting mengenai Skim Bazar Ramadhan 2014.

skim bazar

Syarat Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
  • Terbuka kepada semua penjaja atau peniaga kecil-kecilan
  • Warganegara Malaysia
Fakta Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
  • Pinjaman tanpa faedah sehingga 30,000
Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Skim Bazar Ramadan 2014
  • Tempoh bayaran balik dalam masa 2 bulan
  • Bayaran balik iaitu 50 peratus perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50 peratus lagi sebulan selepas bulan Syawal.
Cara Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
  • Permohonan boleh dikemukakan di cawangan Bank Rakyat.
  • Permohonan juga boleh dibuat melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.




0 comments:

Post a Comment