Fenomena gay sejak kebelakangan ini dilihat semakin membimbangkan.
Malah perkara ini juga mendapat perhatian daripada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan teorinya, seseorang itu tidak akan menjadi gay sekiranya mempunyai pegangan agama yang kuat.
“Jika iman anda kukuh, anda tidak akan menjadi gay,” ulasnya dipetik Astro Awani semasa program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), semalam.
Malah Tun M sempat berseloroh mengatakan beliau merasakan ada baiknya juga masyarakat di barat ramai yang mengamalkan budaya homoseksual secara terbuka.
“Kadang-kadang saya rasa baguslah ada perkahwinan gay di negara barat. Mereka tidak boleh ada anak, lama-lama hilanglah kaum mereka,” katanya.
Ada betulnya kata Tun M ni, kalau terasa fitrah dan naluri tu dah mula songsang, apa kata cepat-cepat perkuatkan iman agar tidak terjerumus dalam hubungan terlarang dan lari daripada fitrah hidup berpasangan lelaki dan wanita. - MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment