Kagum betul tengok gambar yang dirakamkam oleh seorang fotografer ini. Bukan calang-calang gambar. Gambar yang dirakamkannya adalah gambar janin yang sedang membesar di dalam rahim.
Fotografer ini habiskan 12 tahun untuk rakam janin membesar? – Untuk makluman anda, gambar-gambar dibawah adalah hasil usaha jurugambar dari Sweden bernama Lennart Nilsson yang menghabiskan 12 tahun hidupnya mengambil gambar tersebut.
Gambar-gambar yang luar biasa ini telah diambil dengan menggunakan kamera konvensional berserta kanta makro, sebuah endoskop dan pengimbas elektron mikroskop. Foto pertama daripada janin manusia telah diambil pada tahun 1965.
1. Sperma di saluran tiub fallopia
2. Tengah dating?
3. Inilah tiub fallopia dari dekat
4. 2 sperma sedang bersaing hebat untuk memasuki telur. Siapa sampai dulu dialah juara!
5. Nampaknya sperma ini adalah juaranya.
6. Meraikan detik kejayaan satu perjuangan. Seorag insan bakal dijadikan.
7. Hari ke 8 selepas persenyawaan. Embrio melekat di dinding uterus.
8. Bahagian otak mula tumbuh membentuk pada embrio (janin)
9. 24 hari selepas persenyawaan. Janin yang mula terbentuk ini masih belum memiliki tengkorak. Degupan jantung pula mula berdetik pada hari ke 18.
10. Pada usia 4 minggu.
11. Janin ketika berusia 5 minggu. Ia kini bersaiz sekitar 9mm. Perhatikan lubang-lubang itu. Ia adalah pembentukan mata, hidung dan mulut.
12. Hari ke 40. Sel embrio membentuk plasenta. Organ ini menghubungkan embrio pada dinding rahim dan membenarkan pengambilan nutrien, penyingkiran sisa buangan dan pertukaran gas melalui bekalan darah si ibu.
13. Minggu ke 8. Janin yang sedang giat berkembang dilindungi dalam kantung rahim.
14. Pada usia 16 minggu. Janin menggunakan tangannya untuk meneroka badannya sendiri.
15. Dan meneroka persekitarannya.
16. Rangka yang terbentuk terdiri daripada tulang rawan yang fleksibel. Rangkaian salur darah boleh dilihat melalui kulit janin yang nipis.
17. Minggu ke 18. Saiz janin kini sekitar 14cm. Kini ia boleh mendengar bunyi dari dunia luar.
18. Minggu ke 19.
19. Minggu ke 20. Kini saiz janin membesar ke sekitar 20cm. Rambut berbulu yang dikenali sebagai lanugo mula meliputi seluruh kepala.
20. Ini berusia 24 minggu.
21. Ini pula pada minggu ke 26.
22. Kini sudah berusia 6 bulan. Bayi kecil ini sudah mulai bersedia untuk melihat dunia. Kini ia berpusing di kedudukan kepala di bawah dan kaki di atas agar boleh melalui proses kelahiran yang lebih mudah.
23. Minggu ke 36. Bayi ini bakal melihat dunia dalam masa 4 minggu lagi.
Sumber via So Bad So Good & Ammboi Blog
Dan ini pula adalah video bagaimana bahagian organ dalaman seorang wanita hamil berubah sewaktu didalam tempoh kehamilan mereka.
0 comments:
Post a Comment