Sebagaimana kita maklum, Kelantan gagal menjuarai Piala FA 2015 setelah kecundang 3-1 kepada Lions XII dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penyokong Kelantan maut kemalangan tak sempat lihat anak sulung – Sudah tentu ramai yang kecewa dengan kekalahan berkenaan. Namun apakan daya, nasib dan rezeki tidak menyebelahi Kelantan. Apapun adalah satu kebanggaan untuk Kelantan kerana layak ke final sedangkan sebelum ini pasukan itu kelihatan goyah dan menghadapi beberapa masalah.
Dalam kekecewaan itu, seluruh warga Kelantan juga tumpang bersedih dengan berita kemalangan maut yang melibatkan salah seorang penyokong Kelantan. Dalam kejadian jam 6 pagi semalam, mangsa, Afif Asyraf meninggal dunia serta merta di kilometer 105, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Laloh, Kuala Krai.
Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) sebelum dituntut ahli keluarga untuk pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Kachang jam 2.30 petang semalam. Seorang lagi sepupu mangsa, Amiruddin Nawi, 29, turut cedera parah dan dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan kecemasan.
Menurut kakak kepada Afif Asyraf Yahya, 28, yang maut dalam kemalangan membabitkan kereta dipandu dengan sebuah treler emaknya menghalang adiknya ke Kuala Lumpur berikutan isteri Afif Asyraf sedang sarat mengandung anak sulung dan dijangka bersalin dalam tempoh masa terdekat.
“Ibu ada berpesan kepada Afif Asyraf supaya membatalkan hasrat menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” kata Norzila Yahya dipetik laporan myMetro.
Apapun benda dah nak jadi. Semua ini sudah suratan takdir. Sama-sama kita doakan agar isteri dan keluarga arwah tabah dan redha dengan apa yang berlaku. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment